"..Dulu saya jahat, saya nakal, saya hina, saya tidak berilmu.. senang kata, benda tak baik tu memang ada.."
Astagfirullahhal a'zim 3x
Beristigfarlah jika kita sedar akan kesilapan kita. Nama pun manusia.. tak jauh daripada kesilapan.. Yang menjadi masalah adalah tanggapan orang. Sebabnya, tanggapan merupakan perbuatan yang mengganggu seseorang itu untuk berubah. Satu kesalahan yang di lakukan, akan sentiasa menjadi bualan mulut orang.
Oleh itu, jika benar kita ingin berubah, berhijrahlah!! makna hijrah dalam teks ini adalah meninggalkan orang yang mempunyai tanggapan negatif sebaliknya mencari dan menghampiri orang yang boleh membantu kita untuk berubah.
kita harus ingat bahawa Allah sentiasa berada di sisi orang yang ingin bertaubat.
" ..kalau kita berubah untuk jadi baik kerana ALLAH, pasti ALLAH akan menhantar orang-orang baik bersama-sama kita.." insyaAllah.
Ikut yang betul, Betulkan yang salah
No comments:
Post a Comment