Thursday 9 June 2011

Masjid Quba Dibina Atas Taqwa

Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad Saws.jpg sebelum Baginda tiba di Madinah melakukan berhijrah dari Makkah.
Masjid Quba kemudian disiapkan oleh Sahabat Rasulullah Saws.jpg. Rasulullah Saws.jpg menghabiskan masa selama 20 malam (selepas hijrah) di samping bersembahyang dan beribadah kepada Allah s.w.t..
Rumah Saidina Ali terletak di belakang Masjid Quba, dan Nabi MuhammadSaws.jpg akan mendirikan solat sunat sementera menunggu Saidina Ali.



Masjid Quba adalah antara masjid paling suci di antara penganut agama Islam, dan mengikut turutannya ialah Masjid-al-Haram (Makkah), Masjid Nabawi (Madinah), Masjid-al-Aqsa (Baitulmuqaddis), Masjid Quba Madinah)
Masjid Quba disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas Taqwa.



Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin) [9:108]


 Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar takwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan orang yang membangunkannya ke dalam api Neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang zalim [9:109]
Nabi Saws.jpg telah bersabda kepada mereka: Apakah yang kamu lakukan sehingga Allah telah memperelokkan kamu dengan pujiannya?
Mereka berkata: Kami telah menghimpunkan di antara batu dan air untuk bersuci.










No comments:

Post a Comment