Thursday, 9 June 2011

Di Hadapan Rumah Mu Ya Allah


 aKu HambaMu Nooridayu binti Nodin 


 Kakandaku Noor Ezani binti Nodin 


Bondaku Siti Saharah binti Palil


Assalammualaikum 

Dengan Izin dan limpah kurniaNya, saya telah selamat pulang ke tanah air setelah berada di tanah suci selama 2 minggu sebagai tetamu Allah.

Syukur Alhamdulillah!Saya mengiringi bonda serta kakanda. Syukur Alhamdulillah, Allah SWT telah mempermudahkan segala urusan sepanjang kami disana. Dan yang paling manis, saya, bonda dan kakanda selamat menunaikan umrah dan selamat kembali ke tanah air. =) 

Pelbagai ilmu dan pengalaman berharga saya perolehi sepanjang berada disana. Walaupun  pertama kali ke tanah suci, namun pengalaman menunaikan Umrah jauh lebih mencabar. Suasana dan nikmatnya sungguh Agung. Akan saya kongsi, jadikan permata dan bekalan untuk masa akan datang hingga ke akhir hayat.

Ramai juga kenalan baru dikalangan jemaah yang saya perolehi. Rata-rata memberikan respon yang positif, semangat, nasihat, mendoakan saya dalam perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan masa hadapan.

Kesempatan dan peluang berada di tanah suci saya gunakan dengan secukup-cukupnya untuk beribadah, berdoa dan memohon pada Allah SWT. Antara tempat-tempat mustajab yang saya berpeluang untuk berdoa; Raudah, Multazam, Rukun Yamani, Gua Hira' Jabal Nur dan banyak lagi.

Antara doa yang dipohon; agar terus diberi kekuatan untuk Istiqamah dalam menegakkan kebenaran, diampuni dosa-dosa, kesejahteraan dan keselamatan keluarga, Agama, umat, bangsa dan tanah air tercinta. Juga, mohon Rakyat dibukakan Hijjab agar diperlihatkan yang HAQ dan dilenyapkan segala yang batil!

Sudah dua tahun setengah saya menanti agar Kebenaran dan Keadilan dapat ditegakkan. Walaupun ia belum lagi selesai, namun saya redha dan bersyukur dengan segala bantuan yang Allah berikan. Banyak hikmah disebalik kelewatan, penangguhan demi penangguhan. Mungkin ramai yang telah dapat lihat hikmah disebaliknya. Itulah kebesaran Allah. Dia Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.

Saya tidak mempunyai apa-apa kekuatan, kuasa, pengaruh, wang untuk berjuang, hanya Allah SWT tempat saya mohon dan mengadu. Walaubagaimanapun, saya akan terus berdoa, istiqamah dan bersabar, tidak sesekali saya akan menyerah kalah! Kebenaran pasti akan bangkit jua akhirnya.

waallahualam

Yang Hak Pasti Berdiri,
Yang Batil Pasti Jatuh!

No comments:

Post a Comment