Monday, 4 June 2012
Wajah Handphone yang pernah di gunakan dari dulu hingga sekarang
(1) NOKIA 3210
(2) MOTOROLA C390
(3) NOKIA 1101
(4) NOKIA 1110
(5) MOTOROLA W220
(6) SONY ERICSSON W810 i
(7) SONY ERICSSON W580
(8) SONY ERICSSON K770 i
(9) SONY ERICSSON W910 i
(10) SONY ERICSSON W610
(11) SONY ERICSSON VIVAZ PRO
(12) SONY ERICSSON XPERIA ARC S
Saturday, 2 June 2012
Hari ini ku Mendengar Suara mu..
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah syukurku ke hadrat Illahi. Aku masih hidup hingga ke hari ini. Walau banyak ujian, dugaan dan cubaan yang di berikan olehNya, namun aku mampu meneruskan hidup dengan penuh ketabahan.
Hari ini, ku mendengar suaramu, ingin sekali ku membisikan kata-kata rindu namun tak kesampaian. Hanya 2 minit sudah cukup buat ku bahagia. Aku yakin dia bahagia di samping teman barunya yang setia. Diri ini, tidak berniat untuk merampas kembali diri mu yang telah di miliki. Semoga diri mu bahagia =)
Thursday, 31 May 2012
Pen Spy Camera
Harga pen ni tak la mahal sangat, dalam lingkungan RM 120 hingga RM 150 siap free 4GB lagi..
Camera :
* Photo format: JPEG
* Photo resolution (pixels): 3840 X 2880
* Megapixels: 2 MP (interpolated)
Videocamera :
* Video Resolution: VGA quality (1281 x 960)
* Audio Recording: Yes
* Video Frame Rate: 30 FPS
* Recording Format: AVI
* Video Encoding Format: MJPEG (Motion JPEG)
* Image Ratio: 4:3
* Loopback: NO (when memory is full, unit will shut down)
* Audio Format: PCM Audio (24000Hz 192 kb/s 1 channel)
* Recording Size: 32.2 MB per minute
A10 SLIM ANDROID
Sebelum ni order 2 buah A10 SLIM ANDROID, laju sangat.. funtions pun okay.. Esok sampai lagi 2 buah NEW ANDROID 4.0 1.5GHZ USB 2.0 + MINI USB 2.0 HDMI OUTPUT TABLET best sangat!! Tapi macam ni sudah ketinggalan zaman, abang apit sudah guna iPad 1, atein iPad 2 & awie iPad 3.
InsyaAllah ada rezeki nak cari iPad3, Harga bawah rm2k. Okay la tu.. Now nak fokus cari camera Nikon D90, mudah-mudahan dapat bulan 6 ni =) Aminn
Wednesday, 30 May 2012
JUJUR AKU MASIH MENCINTAINYA
" Belajarlah mencintai orang yang
hari ini masih milikmu sebelum dia pergi dari hidupmu. Hari ini mungkin dia
masih mencintaimu, tapi mungkin esok tidak akan ada lagi cinta dia ketika dia
telah pergi. Jadi, janganlah pernah sia-siakan cinta yang sekarang ini mengisi
hatimu.."
Hari-hari cerita
pasal bab hati, perasaan dan cinta. ( jika tak bosan membaca, marilah kongsi
bersama)..
Di sini saya ingin
berkongsi mengenai seorang wanita (umairah) yang akan berkawin dengan seorang
lelaki (haikal). Sebelum pengenalan dengan haikal, umairah pernah menjalinkan
hubungan dengan seorang lelaki (faiz). Faiz merupakan cinta pertama umairah,
hubungan mereka di restui oleh ibubapa mereka.
Umairah memberi
kepercayaan sepenuhnya kepada faiz. Faiz seorang lelaki yang peramah dan
tampan. Tidak terkejut jika ramai yang menyimpan perasaan padanya.
Hubungan faiz dan
umairah telah genap setahun lebih.
Pada satu hari,
jam 12.00 malam rakan sepejabat faiz (wahida) sakit di rumah sewanya dan
meminta bantuan faiz untuk menghantarnya ke hospital. Sebelum itu, faiz meminta
kebenaran daripada umairah untuk menghantar wahida ke hospital. Wahida mengizinkan
faiz pergi menghantar wahida.
Berjam-jam lamanya
di hospital, umairah risau sangat dengan keadaan wahida. Setelah selesai faiz
menghantar wahida pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan pulang, wahida
meluahkan perasaannya kepada faiz. Faiz amat terkejut, dan tidak mampu untuk
berkata apa.
Sejak itu, faiz
amat mengambil berat tentang wahida, faiz sentiasa menghubungi wahida untuk
menanyakan keadaannya. Umairah terasa cemburu, lumrah hati seorang wanita. Cuba
kita berada di tempat umairah, apa yang kita rasa?? Cuba fikirkan.
Sejak kejadian
tersebut, umairah dan faiz semakin renggang. Faiz menjadi seorang yang sangat
sensitif, umairah hanya meletak gambar-gambar mereka di facebook dan apabila
teman-temannya mengusiknya, faiz terasa malu dan terus menghubungi umairah
menyuruh memadam gambar-gambar itu semua. Persoalan yang menjadi tanda tanya
pada umairah. "salah ke aku meletak gambar ku dengan dia?" umairah
sangat kecewa dengan tindakan faiz.
Umairah terus
sabar dan berdiam diri sahaja. Dalam diam faiz telah menjalinkan hubungan
dengan wahida. Hubungan mereka telah di ketahui oleh umairah. Umairah hanya
lihat sahaja gelagat mereka. Apabila umairah cuba untuk menghubungi faiz dan
wahida, masing-masing talian sedang digunakan.
Setelah beberapa
bulan umairah biarkan gelagat mereka. Umairah bercadang untuk memutuskan
hubungannya. Faiz akui kesilapannya, dan meminta maaf dan tidak mahu memutuskan
hubungannya. Umairah tetap berkeras, dengan keputusan yang di buat. Banyak sebab
umairah tidak dapat memberi peluang kepada faiz.
Antara sebab-sebabnya,
umairah adalah seorang yang sangat sensitif hatinya, dan dia yakin apabila
hubungan di teruskan, dia akan selalu mengungkit kisah lama. Umairah sedar akan
kelemahannya, dia terlampau sayangkan faiz, dia lepaskan faiz di sebabkan
perbezaan cara hidup. Faiz tidak suka di kongkong dan tidak suka duduk di
rumah. Faiz seorang yang suka berhibur dengan rakan-rakannya. Dan faiz
menganggap rakan-rakan perempuan adalah punca rezekinya, sedangkan rezeki
adalah dari allah.
Kadang-kadang hati
umairah terlintas untuk memberi peluang kepada faiz. Umairah merasa dirinya
tidak kuat untuk meneruskan hubungan ini. Kerana kelemahannya ( cemburu ). Hubungan
ini terputus sehingga di ketahui oleh ibu bapa faiz, dan ibu faiz cuba
membetulkan keadaan. Umairah masih bekeras dengan keputusannya. Umairah terus
dipersalahkan oleh orang sekeliling. Umairah akur dan terima dengan hati yang
redha. Umairah yakin, kebenaran akan di ketahui oleh semua.
Umairah cuba
mencari seorang lelaki yang boleh membuat faiz kecewa dengannya. Niat umairah
sekadar untuk membuat faiz meninggalkan dia. Tetapi umairah telah telanjur
memberi harapan pada haikal. Faiz tidak berputus asa, faiz tetap berusaha untuk
mendapatkan umairah. Umairah sangat kagum dengan tindakan faiz, dia masih
sayang pada faiz. Tetapi dia tidak sanggup mengecewakan haikal. Bagaimana harus
dia lakukan?? Setelah saat hati umairah terbuka untuk menerima faiz, hadir
seorang wanita yang menyeri hidup faiz. Umairah kesal dan sedih, dia menganggap
tiada jodoh antara dia dengan faiz.
Umairah meneruskan
hidupnya dengan haikal. Umairah memaksa hatinya untuk mencintai haikal sepenuh
hatinya. Dalam masa yang sama, umairah selalu mengambil tahu tentang
perkembangan faiz. Dia amat cemburu hubungan faiz dengan kekasih barunya suraya.
Tergerak hati
umairah untuk menghubungi suraya. Niat umairah sekadar ingin mengetahui
kejujuran wanita itu. Umairah yakin bahawa suraya boleh menjaga faiz sebaik
mungkin. Akhirnya umairah melepaskan faiz ke tangan suraya. Suraya meminta satu
permintaan agar mendoakan kebahagiaannya bersama faiz kekal selamanya di
hadapan kaabah nanti.
Umairah pergi menjalankan ibadah umrah
pada tarikh dia putus dengan faiz tahun lepas. Umairah selesai menyampaikan hajat suraya di
hadapan kaabah dan pulang ke kampung, dan menjalani hidupnya dengan haikal. Genap
setahun umairah pulang dari umrah. Faiz pula bernikah dengan suraya pada
tanggal mereka putus dan menunaikan umrah. Adakah ini kebetulan??
Setelah mengetahui akan penikahan faiz dan
suraya, umairah terasa sebak. Umairah beranggapan bahawa dirinya berasa bahagia
apabila melihat faiz bahagia. Tetapi perasaannya berbeza setelah dua tiga hari
selepas penikahan faiz. Umairah kerap mimpikan faiz. Tiba-tiba perasaan pada
haikal hilang, umairah tetap memaksakan hatinya untuk terus mencintai haikal. Namun,
air matanya jatuh berlinangan, setiap kali lepas solat air matanya sentiasa
mengalir. Setiap kali tidur, air mata mengalir sahaja. Umairah bertahajud dan
berdoa.
“
Ya Allah jika dia benar untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku, jika dia
bukan di ciptakan untukku, jauhkanlah hatinya dengan hatiku dan damaikanlah
hatiku dengan ketentuanMu”
“
Ya Allah kenapa cinta ku hadir di saat aku akan berkhawin dengan orang lain??
Kenapa cinta kepada orang yang jujur hilang?? Kenapa cinta aku pada suami
orang?? Apakah semua ni Ya Tuhan?? Adakah Kau sedang menguji diriku?? Bagaimana
dengan perasaan ku pada Haikal?? Ya Allah apa yang harus ku lakukan?? Aku tidak
sanggup mengecewakan orang yang jujur dan setia padaku dan aku juga tidak
sanggup untuk merampas suami orang. Berilah petunjuk buat ku Ya Allah. Perlukan
diri ini memaksa untuk meneruskan cinta ini pada haikal?? Jika ini benar, aku
sanggup memaksa hati ku untuk berpura-pura mencintainya…”
Masa penikahanku hampir menjelang tiba,
teringin aku untuk bertemu dengan Faiz buat kali terakhir..
Tuesday, 29 May 2012
Aku Cinta kepada Mu
Ya Allah adakah Kau mendengar suara hatiku ini yang sedang berkata-kata??
Mampukah aku meneruskannya, sedangkan aku tidak kuat..
Bisikan suaraku kepada Mu.. betapa aku cinta pada Mu ya Tuhan ='(
Air Mataku
Air mata adalah satu-satunya cara bagaimana mata berbicara ketika bibir tak mampu menjelaskan apa yang telah membuat perasaanmu terluka..
Menitis air mataku kerana melihat dirimu bahagia di sampingnya.. Diri ini terus dan berusaha dalam menghapuskan segala kenangan dalam ingatan ini. Aku bertahajud, dalam sujudku berdoa agar diriku kuat dalam menempuh segala dugaan yang ku lalui.
Aku manusia, mempunyai hati dan nurani, rintihan demi rintihan tak mampu ku ucapkan, tangisan demi tangisan yang mengiringi jalan hidupku. Lidahku kelu dalam melafazkan kata-kata. tidak mampu untukku menjelaskan segala-galanya. Apa yang ku mampu, terus pasrah dan redha menerima semuanya.
kasih di depan mata, masih mencari kasih yang tidak kesampaian. inginku melihat wajahmu buat kali terakhir sebelum aku pergi di bawa arus bahteraku. Tuhan sampaikanlah hajatku ini, agar aku dapat menemui cintaku yang tidak kesampaian.
sesudah itu, aku ingin menjaga bahteraku sehingga aku bertemu denganMu..
Damaikanlah Hatiku Dengan KetentuanMu
Sudah terang lagi bersuluh, sudah nyata, jelas dan takdir.. Ya Tuhan~
Takdir menemukan kita dan takdir juga memisahkan kita. Ini bermakna kita tidak takdir untuk bersama selamanya. Sedih tak, jika harapan yang di berikan kepada seseorang tetapi tidak di takdirkan untuk kita?? Ya sedih.. pernah mendengar kata-kata, semasa ada di depan mata tidak di hargai, bila sudah tiada baru mengharapkannya.
Jangan sedih wahai mata hati, Allah sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik untuk kita, Allah sedang menguji diri kita untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya. Redha dan pasrahlah kepadaNya.
Ku doakan Pasangan ini bahagia bermula 26 May 2012 sehingga keakhirnya.. Aminn.
Ya Allah jika dia benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku,
Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu..
Bagaimana dengan diri ini?? Jangan risau~ Allah sentiasa bersama dengan kita. (Kata-kata penguat Hati)
Ikut yang betul, Betulkan yang salah
"..Dulu saya jahat, saya nakal, saya hina, saya tidak berilmu.. senang kata, benda tak baik tu memang ada.."
Astagfirullahhal a'zim 3x
Beristigfarlah jika kita sedar akan kesilapan kita. Nama pun manusia.. tak jauh daripada kesilapan.. Yang menjadi masalah adalah tanggapan orang. Sebabnya, tanggapan merupakan perbuatan yang mengganggu seseorang itu untuk berubah. Satu kesalahan yang di lakukan, akan sentiasa menjadi bualan mulut orang.
Oleh itu, jika benar kita ingin berubah, berhijrahlah!! makna hijrah dalam teks ini adalah meninggalkan orang yang mempunyai tanggapan negatif sebaliknya mencari dan menghampiri orang yang boleh membantu kita untuk berubah.
kita harus ingat bahawa Allah sentiasa berada di sisi orang yang ingin bertaubat.
" ..kalau kita berubah untuk jadi baik kerana ALLAH, pasti ALLAH akan menhantar orang-orang baik bersama-sama kita.." insyaAllah.
Ikut yang betul, Betulkan yang salah
Cinta Kita Milik Allah
Ya Allah, kenapa cintaku kepada manusia semakin pudar?? Adakah diri ini salah memberikan cinta??
Ya Allah hadirkanlah cintaMu buatku dan hadirkanlah cintaku buatMu. Mulai saat ini, hambaMu ini berjanji akan sentiasa mencintaiMu & menyayangiMu.
Adakah ini di katakan hidayah dariMu Ya Allah?? Hidayah Mu yang telah membuka luas hatiku untuk mencintaiMu sepenuh hatiku. Islam itu indah, lebih indah jika kita menghayatinya dan melakukan segala suruhanNya.
" Tiada TUHAN melainkan ALLAH, Nabi Muhammad itu persuruh ALLAH"
Cinta itu akan hadir jika kita memberikan cinta kita kepada Allah. Jangan mengharapkan cinta kepada manusia, kerana manusia tidak mampu menjaga cinta, Berilah cintamu hanya kepada Allah, Hanya Dia sahaja yang boleh menjaga cinta kita itu.. InsyaAllah..
Masih mencari-cari apa kata hati.
" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati,
yang kadang kala boleh merosakkan diri sendiri,
Perkara utama harus kita fikirkan adalah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan "
mensyukuri apa yang telah dikurniakan olehNya. tetapi kita manusia, sering dan sentiasa akan di duga pelbagai dugaan dan cubaan. Kadang-kadang perkara yang tak nak kita lakukan dan cuba kita jauh / elakkan, tetapi makin menghampiri.
Diri ini terfikir, bagaimana cara untuk kuatkan diri dan tetapkan pendirian hati.
Renungan sejenak wahai kata hati..
Subscribe to:
Posts (Atom)