Thursday, 10 November 2011

Persiapan Awal Menjelang Hari Perkhawinan

6-8 Minggu Sebelum Hari
*      Semak semula senarai tetamu.
*      Tulis dan atur pengiriman kad undangan kahwin.
*      Semak urusan dengan jabatan agama, jurunikah, saksi dan pihak yang terbabit dengan majlis akad nikah.
*      Atur serta menetapkan menu makanan dengan pihak catering perkahwinan anda.
*      Adakan sesi percubaan makanan bersama-sama caterer anda.
*      Mula menyiapkan cenderahati bingkisan buat tetamu yang hadir.
*      Lakukan make-up trial dan dandanan rambut bersama mak andam pilihan anda.
*      Mula membeli kasut dan acessories tambahan.
*      Susun dan garap muzik pilihan yang bakal didendangkan semasa majlis berlangsung.
*      Buat satu temu janji bersama Pengacara Majlis untuk membuncangkan perjalanan majlis itu nanti.
*      Diskusi juga harus di adakan bersama DJ serta pihak pengurus PA Sistem, agar perjalanan majlis selari dengan permintaan pengantin.
*      Buat persiapan terakhir untuk semua kelengkapan.
*      Sediakan jadual perjalanan majlis badi memudahkan orang yang terlibat.
*      Membuat jadual penerimaan beserta checklist bagi memudahkan proses penghantaran daripada segala tempahan: kek, khemah, bunga-bungaan, cenderahati, hantaran, hiasan pelamin dan lain-lain.
4-5 Minggu Sebelum Hari
*      Kad jemputan perkahwinan mula di edarkan kepada tetamu serta VIP.
*      Ambil pesanan cincin kahwin.
*      Mula memesan traveller cheque/mata wang asing untuk berbulan madu.
*      Orang-orang yang bertanggungjawab untuk melancarkan perjalanan majlis mula agresif dalam proses terakhir.
*      Membuat semakan checklist untuk memastikan segala perkara berkaitan sudah ditempah dan dilakukan.
*      Bertemu dan berbincang bersama jurufoto majlis anda tentang konsep serta gambaran majlis yang anda mahukan di dalam gambar kenangan anda nanti!
*      Tidak ketinggalan, pastikan juruvideo juga tahu akan perjalanan majlis serta tetamu mana yang anda mahukan berada di dalam rakaman videao itu nanti.
*      Pastikan dulang hantaran telah siap mengikut warna tema yang telah ditetapkan.


2-3 Minggu Sebelum Hari
*      Jadual acara telah ditetapkan, buat salinan dan edarkan kepada orang-orang penting majlis: keluarga pengantin, para pengiring, jurufoto dan juruvideo.
*      Kemaskini jumlah tetamu yang diundang dan hal-hal lain yang diinginkan kepada pihak hotel atau catering.
*      Tetapkan semua pesanan dan detail untuk bunga, sewa kenderaan, jurufoto, dekorasi, kek, band music dan lainnya.
*      Sediakan susun letak pelamin, kerusi meja, kanopi atau dewan serta lain-lain supaya kelihatan tersusun.
*      Mencuba busana pengantin lengkap dengan aksesorinya. Periksa ukuran, keselesaan dan sebagainya, bila ada yang harus disempurnakan.
*      Pastikan juga pakaian tema untuk pengapit pengantin lelaki dan wanita agar selari dengan konsep persandingan anda nanti.
*      Biasakan menggunakan kasut yang akan digunakan di hari pernikahan agar terasa lebih selesa.
*      Siapkan barang-barang yang akan dibawa ke rumah mertua.
*      Lakukan urutan badan serta spa untuk menaikkan seri pengantin.
*      Tidak ketinggalan, lakukan rawatan rambut agar kelihatan kemas, menarik serta mudah di uruskan di hari persandingan anda.
*      Rawatan muka juga perlu agar muka tidak kelihatan lesu di hari langsung.
*      Jangan lupa juga, jalani rawatan manicure dan pedicure.
*      1 minggu sebelum hari
*      Berehat dan yakinkan diri dan pasangan anda semuanya akan beres.
*      Pastikan semua perkara berjalan dengan lancar.
*      Lantik seorang ahli keluarga terdekat untuk meneliti kelancaran acara.
*      Kumpulkan segala hantaran.
*      Mula berkemas untuk berbulan madu, lengkapi dan beli keperluan yang penting.
*      Pastikan sekali lagi semua pesanan yang telah dilakukan, sekadar untuk mengingatkan.
*      Bila tiba sehari sebelum hari langsung, lantik seorang pengukir inai untuk melukis inai di jari jemari bakal kedua mempelai.


No comments:

Post a Comment