Thursday, 10 November 2011

Belanjawan Perkhawinan

Belanjawan Perkhawinan

Khas Untuk Orang Bujang Dan Yang Merancang Untuk Kahwin.

 Apa yang Orang Bujang Mesti Tahu Tentang Kos Kahwin ?

Anda tahu perkahwinan tu yang paling penting adalah ijab, qabul, anda, pasangan anda, saksi dan wali. Err… dan juga sijil pra-perkahwinan dan ujian HIV.
Maskahwin boleh hutang tapi siapa berhutang janganlah bernafsu sangat untuk sentuh-sentuh anak dara orang oooi …
Mengadakan kenduri kahwin adalah perkara yang sangat dianjurkan sekalipun hanya dengan menyembelih seekor kambing. Tetapi budaya di Malaysia, susahlah nak cukup dengan perkara macam tu sahaja.
Mari kita lihat apa yang perlu anda sediakan beserta ongkosnya sekali.
(Ini adalah kos anggaran untuk kebanyakan daripada kita. Status Siti Nurhaliza tidak masuk ya.)

Kos # 1 - Maskahwin
Ini kena rujuk negeri sebelah perempuan. Walaupun nilainya (dari sudut kos) rendah, tapi kalau anda terlupa sediakan susah juga tu. Kalau berhutang, isteri ada hak kata, “Nehi kanda…!” bila anda cuba usik-mengusik.

Kos # 2 - Duit Hantaran
Ini bergantung kepada keluarga. Tetapi pengalaman saya apabila mengadakan seminar-seminar keusahawanan di universiti, bila ditanya isu ini, paling sikit siswi-siswi ni minta wang hantaran adalah RM 10,000. Level Diploma pun diorang dah mintak begitu tau sekarang.
Ada juga keluarga ikut nilai hantaran seperti mana yang telah ditetapkan sebelum ini macam perkahwinan kakak / adik  perempuan sebelum ini.
Duit hantaran ini ada keluarga jadikan ia duit belanja hangus. Ia digunakan untuk kos kenduri.
Ada juga keluarga yang berikan semua kepada pengantin perempuan.

Kos # 3 - Barang kemas seperti cincin perkahwinan dan lain-lain.
Kosnya berubah-ubah mengikut harga pasaran emas. Siapa yang melangsungkan perkahwinan waktu harga emas tengah tinggi nasib lah.
Sediakan lah sekitar RM 3,000 - RM 5,000.

Kos # 4 - Barang hantaran lain
Kasut. Baju. Kek. Buah. Telekung. al-Quran. Sirih. Coklat. Standard lah tuh.
Yang tak ikut standard adalah seperti handphone, PS3, laptop.
Sediakan lah sekitar RM 1,000 untuk barang hantaran standard.
Itu belum campur kos buat perhiasan barang hantaran.

Kos # 5 - Baju nikah
Selalunya baju ini ditempah. Boleh pakai masa hari raya yang pertama sebagai suami isteri.
Baju lelaki selalunya lebih murah dari baju perempuan.
RM 200 - RM 600.

Kos # 6 - Baju Bersanding / Baju Pengantin
Baju ini selalunya disewa. Cukup-cukuplah tu jadi raja. Kita layak jadi raja sehari je. Baju tu tak pakai dah di waktu lain melainkan anda mengidam nak bernikah lagi.
RM 1,000 - RM 2,500.

Kos # 7 - Mekap
Selalunya dipakejkan dengan set baju pengantin. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 200 - RM 500.

Kos # 8 - Set Pelamin
Selalunya dipakejkan bersama set baju pengantin dan mekap. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 500 - RM 1000.
  
Kos # 9 - Jurugambar
Takkan lah nak suruh jurugambar biasa-biasa ambil kan gambar untuk anda. Ini hari istimewa anda bukan ?
RM 1000 - RM 3000

Kos # 10 - Duit untuk jurunikah dan saksi
Perkahwinan di Selangor ada duit yang perlu anda bayar kepada jurunikah dan para saksi. Sila rujuk ke pejabat agama negeri masing-masing.
Kos sekitar RM 150.

Kos # 11 Kad Jemputan
Ada yang murah dan ada yang mahal. Paling murah photostat sendiri. Ada orang kisah kita jemput guna sms, email dan website. Ada orang yang tidak. Mahu kad juga.
Kalau satu kad RM 0.50 / kad dan kalau jemputannya dah 1000 orang ?
Style sekarang selalunya dibuat sekali untuk kedua-dua pihak.
RM 500 - RM 3,000

Ini adalah kos yang selalunya ditanggung oleh pengantin sahaja dan tidak membabitkan keluarga. Jumlahnya (mengikut anggaran kos terendah) adalah

RM 17,550
Dan berikut adalah kos yang selalunya ditanggung bersama oleh keluarga (tidak semestinya). Jadi kalau ibu bapa minta anda bayar kan juga, kena lah bayar juga. Kan ini kenduri untuk anda.

Kos # 12 Duit khemah / Sewa dewan
Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Sewa khemah adalah lebih murah dari menyewa dewan. Tapi tak semua orang ada halaman rumah yang sesuai untuk kenduri.
RM 2,500 - RM 10,000

Kos # 13 Duit makan kenduri
Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Masak sendiri adalah lebih murah dari catering. Tetapi lebih banyak guna tenaga kerja.
Kalau di kawasan lembah Klang dapat catering menawarkan RM 10 / kepala dah cukup rendah dah tu.
RM 10,000 - RM 20,000

Kos # 14 Bilik pengantin
Katil. Cadar. Tilam. Almari. Langsir.
Ada keluarga yang dah ada “bilik pengantin” khas. Jadi, selagi mana tiada pasangan adik-beradik lain yang akan berkahwin, maka “pengantin baru” akan menghuni di situ.
Yang kena beli semua, ingat murah ka?
RM 1,500 - RM 5,000.

Kos # 15 Doorgift
Gula-gula. Telur. Sapu tangan. Apa - apa lah.
Walaupun kosnya barangkali cuma RM 1 / item tapi kalau dah tetamunya mencecah 1000 orang ? Untuk sedara lagi. Untuk keluarga sebelah sana lagi.
RM 1000 - RM 3000.

Kos # 16 Untuk bertandang ke rumah pihak satu lagi
Kalau dekat, satu kampung ok lah. Kalau perlu merentas beberapa negeri ?
Duit minyak. Duit Tol. Duit hotel / homestay. Duit makan.
Anda minta saudara anda meriahkan majlis anda, tapi bukan semua mereka ada kereta sendiri dan cukup wang untuk menemani anda kalau tidak disediakan duitnya. Itu yang kadang-kadang mereka “menolak” pelawaan anda.
Ia berbeza mengikut lokasi.
Sediakan lah RM 500 sebagai jumlah minima.

Kos # 17 Contigency
Adakalanya duit yang digunakan terlebih dari belanjawan asal.
Sediakan lah sekitar 5 - 10% dari jumlah belanjawan yang asal.
Dalam pengiraan kita ini, RM 3000.
Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin
RM 17,550 (jangan lupa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan)
Dan, kos yang boleh bincang dengan keluarga RM 15,500
Dan, kos untuk kecemasan RM 3,000.
Maka anda perlu sediakan anggaran belanjawan perkahwinan sekitar RM 36,050

p/s : Walaupun boleh kongsi dengan pasangan, paling kurang pun kena ada duit untuk tanggung separuh kos dan dalam pengiraan ini adalah sebanyak RM 18,000

Ini belum campur kos-kos renovation rumah yang dibuat bagi sesetengah keluarga. Juga belum campur kos memanjakan diri ke spa-spa dan juga berbulan madu.
Kalau nak berhutang kahwin sampai anak sulung berumur 7 tahun baru selesai bayar dekat bank, terus-teruskan lah dengan gaya hidup anda yang tidak mahu menyimpan dan suka menambah liabiliti tu.

Persiapan Awal Menjelang Hari Perkhawinan

6-8 Minggu Sebelum Hari
*      Semak semula senarai tetamu.
*      Tulis dan atur pengiriman kad undangan kahwin.
*      Semak urusan dengan jabatan agama, jurunikah, saksi dan pihak yang terbabit dengan majlis akad nikah.
*      Atur serta menetapkan menu makanan dengan pihak catering perkahwinan anda.
*      Adakan sesi percubaan makanan bersama-sama caterer anda.
*      Mula menyiapkan cenderahati bingkisan buat tetamu yang hadir.
*      Lakukan make-up trial dan dandanan rambut bersama mak andam pilihan anda.
*      Mula membeli kasut dan acessories tambahan.
*      Susun dan garap muzik pilihan yang bakal didendangkan semasa majlis berlangsung.
*      Buat satu temu janji bersama Pengacara Majlis untuk membuncangkan perjalanan majlis itu nanti.
*      Diskusi juga harus di adakan bersama DJ serta pihak pengurus PA Sistem, agar perjalanan majlis selari dengan permintaan pengantin.
*      Buat persiapan terakhir untuk semua kelengkapan.
*      Sediakan jadual perjalanan majlis badi memudahkan orang yang terlibat.
*      Membuat jadual penerimaan beserta checklist bagi memudahkan proses penghantaran daripada segala tempahan: kek, khemah, bunga-bungaan, cenderahati, hantaran, hiasan pelamin dan lain-lain.
4-5 Minggu Sebelum Hari
*      Kad jemputan perkahwinan mula di edarkan kepada tetamu serta VIP.
*      Ambil pesanan cincin kahwin.
*      Mula memesan traveller cheque/mata wang asing untuk berbulan madu.
*      Orang-orang yang bertanggungjawab untuk melancarkan perjalanan majlis mula agresif dalam proses terakhir.
*      Membuat semakan checklist untuk memastikan segala perkara berkaitan sudah ditempah dan dilakukan.
*      Bertemu dan berbincang bersama jurufoto majlis anda tentang konsep serta gambaran majlis yang anda mahukan di dalam gambar kenangan anda nanti!
*      Tidak ketinggalan, pastikan juruvideo juga tahu akan perjalanan majlis serta tetamu mana yang anda mahukan berada di dalam rakaman videao itu nanti.
*      Pastikan dulang hantaran telah siap mengikut warna tema yang telah ditetapkan.


2-3 Minggu Sebelum Hari
*      Jadual acara telah ditetapkan, buat salinan dan edarkan kepada orang-orang penting majlis: keluarga pengantin, para pengiring, jurufoto dan juruvideo.
*      Kemaskini jumlah tetamu yang diundang dan hal-hal lain yang diinginkan kepada pihak hotel atau catering.
*      Tetapkan semua pesanan dan detail untuk bunga, sewa kenderaan, jurufoto, dekorasi, kek, band music dan lainnya.
*      Sediakan susun letak pelamin, kerusi meja, kanopi atau dewan serta lain-lain supaya kelihatan tersusun.
*      Mencuba busana pengantin lengkap dengan aksesorinya. Periksa ukuran, keselesaan dan sebagainya, bila ada yang harus disempurnakan.
*      Pastikan juga pakaian tema untuk pengapit pengantin lelaki dan wanita agar selari dengan konsep persandingan anda nanti.
*      Biasakan menggunakan kasut yang akan digunakan di hari pernikahan agar terasa lebih selesa.
*      Siapkan barang-barang yang akan dibawa ke rumah mertua.
*      Lakukan urutan badan serta spa untuk menaikkan seri pengantin.
*      Tidak ketinggalan, lakukan rawatan rambut agar kelihatan kemas, menarik serta mudah di uruskan di hari persandingan anda.
*      Rawatan muka juga perlu agar muka tidak kelihatan lesu di hari langsung.
*      Jangan lupa juga, jalani rawatan manicure dan pedicure.
*      1 minggu sebelum hari
*      Berehat dan yakinkan diri dan pasangan anda semuanya akan beres.
*      Pastikan semua perkara berjalan dengan lancar.
*      Lantik seorang ahli keluarga terdekat untuk meneliti kelancaran acara.
*      Kumpulkan segala hantaran.
*      Mula berkemas untuk berbulan madu, lengkapi dan beli keperluan yang penting.
*      Pastikan sekali lagi semua pesanan yang telah dilakukan, sekadar untuk mengingatkan.
*      Bila tiba sehari sebelum hari langsung, lantik seorang pengukir inai untuk melukis inai di jari jemari bakal kedua mempelai.


Hargai Kasih Sayang

Hargai
Kasih Sayang…
Pada suatu hari di sekolah,seorang murid bertanya pada guru. ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kisah kasih dan sayang.... 

PELAJAR :         "Cikgu, macam mane kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang kita
                         Paling sayang???? Macam mana juga kasih sayang itu berkekalan????

CIKGU :          "ok...kamu ikut apa yang saya suruh..kamu pergi ke padang...kamu berjalan atas rumput   sambil memandang rumput didepan kamu...pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali... Dan petik rumput yang PALING cantik dan bawa ke kelas..... 

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,tiada sehelai rumput pun di tangan nye.....

CIKGU :             kenapa tiada rumput yang dipilih??

PELAJAR:        "tadi masa saya berjalan,saya carilah rumput yang paling cantik....memang ada banyak yang cantik tp cikgu kata petik yang PALING cantik..maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantiktanpa menoleh kebelakang lagi...tapi sampai di penghujung padang,saya tak jumpa pun yang PALING cantik...mungkin ada di antara di belakang saya tadi rumput yang paling cantik..tapi cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula..... Jadi tiada lah rumput yang saya boleh petik....."

CIKGU :         "yaa.. Itulah jawapan nya.. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,jangan lah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu.....kita patut menghargai orang yang berada di depan kita...sebaik-baiknya....jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku...semoga yang berlaku tidak akan berulang lagi...dan ingatlah orang Paling kita sayang itulah yang PALING cantik dan sebaik-baiknya...walaupun nak di ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.......

Tuesday, 1 November 2011

Di Hari Lahir Ku

1 November 2011

Dah lama tak potong kek semasa hari lahir. Terima Kasih wahai kekasihku kerana mengingati hari lahirku. sungguh terharu..


Sebelum ni, dapat bear besar!! kali ni kek besar!! 


pada hari lahir ni, pergi nilai 3 dengan amir pergi mencari barang-barang hantaran dan persiapan perkhawinan.


Pelbagai pilihan, bak kata astro "Macam-macam Ada~"
terlampau banyak sangat, juling mata dibuatnya hehe.. 


Servey harga dulu, tengok mana paling murah, next time pergi lagi, beli sikit-sikit tak la terasa bebanan sangat..


Tengah syok berjalan, tak perasan kerete parking kat mane.. Kelang Kabut mencari kereta..hehe


Harga kat sini murah-murah, kena banyak berjalan sikit coz dekat sini harga berlawan-lawan.. so kita boleh dapat lagi rumah, choise pun banyak..


p/s : Kalau datang sini better bawak pen ngan kertas 0r buku, catat harga, sebab kite boleh bandingkan dengan harga lain.. lagi bagus bawak kamera.. sesetengah kedai tak boleh ambill gambar..sungguh kedekut huhu..


Selepas pulang dari nilai, saya mendapat sepucuk surat cinta dari kekasih saya tapi dalam pendrive =_=~~ 
Tak pernah dapat surat cinta sebelum ni.. Seronok pulak