Saturday, 2 June 2012

Hari ini ku Mendengar Suara mu..


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah syukurku ke hadrat Illahi. Aku masih hidup hingga ke hari ini. Walau banyak ujian, dugaan dan cubaan yang di berikan olehNya, namun aku mampu meneruskan hidup dengan penuh ketabahan. 

Hari ini, ku mendengar suaramu, ingin sekali ku membisikan kata-kata rindu namun tak kesampaian. Hanya 2 minit sudah cukup buat ku bahagia. Aku yakin dia bahagia di samping teman barunya yang setia. Diri ini, tidak berniat untuk merampas kembali diri mu yang telah di miliki. Semoga diri mu bahagia =)


Thursday, 31 May 2012

Pen Spy Camera

Harga pen ni tak la mahal sangat, dalam lingkungan RM 120 hingga RM 150 siap free 4GB lagi.. 



Camera :


* Photo format: JPEG
* Photo resolution (pixels): 3840 X 2880
* Megapixels: 2 MP (interpolated)


Videocamera :


* Video Resolution: VGA quality (1281 x 960)
* Audio Recording: Yes
* Video Frame Rate: 30 FPS
* Recording Format: AVI
* Video Encoding Format: MJPEG (Motion JPEG)
* Image Ratio: 4:3
* Loopback: NO (when memory is full, unit will shut down)
* Audio Format: PCM Audio (24000Hz 192 kb/s 1 channel)
* Recording Size: 32.2 MB per minute

A10 SLIM ANDROID


Sebelum ni order 2 buah A10 SLIM ANDROID, laju sangat.. funtions pun okay.. Esok sampai lagi 2 buah NEW ANDROID 4.0 1.5GHZ USB 2.0 + MINI USB 2.0 HDMI OUTPUT TABLET best sangat!! Tapi macam ni sudah ketinggalan zaman, abang apit sudah guna iPad 1, atein iPad 2 & awie iPad 3.

InsyaAllah ada rezeki nak cari iPad3, Harga bawah rm2k. Okay la tu.. Now nak fokus cari camera Nikon D90, mudah-mudahan dapat bulan 6 ni  =) Aminn

Kereta Baru =) BLR 7226



Wednesday, 30 May 2012

JUJUR AKU MASIH MENCINTAINYA



" Belajarlah mencintai orang yang hari ini masih milikmu sebelum dia pergi dari hidupmu. Hari ini mungkin dia masih mencintaimu, tapi mungkin esok tidak akan ada lagi cinta dia ketika dia telah pergi. Jadi, janganlah pernah sia-siakan cinta yang sekarang ini mengisi hatimu.."


Hari-hari cerita pasal bab hati, perasaan dan cinta. ( jika tak bosan membaca, marilah kongsi bersama)..

Di sini saya ingin berkongsi mengenai seorang wanita (umairah) yang akan berkawin dengan seorang lelaki (haikal). Sebelum pengenalan dengan haikal, umairah pernah menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki (faiz). Faiz merupakan cinta pertama umairah, hubungan mereka di restui oleh ibubapa mereka. 

Umairah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada faiz. Faiz seorang lelaki yang peramah dan tampan. Tidak terkejut jika ramai yang menyimpan perasaan padanya. 

Hubungan faiz dan umairah telah genap setahun lebih.

Pada satu hari, jam 12.00 malam rakan sepejabat faiz (wahida) sakit di rumah sewanya  dan meminta bantuan faiz untuk menghantarnya ke hospital. Sebelum itu, faiz meminta kebenaran daripada umairah untuk menghantar wahida ke hospital. Wahida mengizinkan faiz pergi menghantar wahida.

Berjam-jam lamanya di hospital, umairah risau sangat dengan keadaan wahida. Setelah selesai faiz menghantar wahida pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan pulang, wahida meluahkan perasaannya kepada faiz. Faiz amat terkejut, dan tidak mampu untuk berkata apa.

Sejak itu, faiz amat mengambil berat tentang wahida, faiz sentiasa menghubungi wahida untuk menanyakan keadaannya. Umairah terasa cemburu, lumrah hati seorang wanita. Cuba kita berada di tempat umairah, apa yang kita rasa?? Cuba fikirkan.

Sejak kejadian tersebut, umairah dan faiz semakin renggang. Faiz menjadi seorang yang sangat sensitif, umairah hanya meletak gambar-gambar mereka di facebook dan apabila teman-temannya mengusiknya, faiz terasa malu dan terus menghubungi umairah menyuruh memadam gambar-gambar itu semua. Persoalan yang menjadi tanda tanya pada umairah. "salah ke aku meletak gambar ku dengan dia?" umairah sangat kecewa dengan tindakan faiz.

Umairah terus sabar dan berdiam diri sahaja. Dalam diam faiz telah menjalinkan hubungan dengan wahida. Hubungan mereka telah di ketahui oleh umairah. Umairah hanya lihat sahaja gelagat mereka. Apabila umairah cuba untuk menghubungi faiz dan wahida, masing-masing talian sedang digunakan. 

Setelah beberapa bulan umairah biarkan gelagat mereka. Umairah bercadang untuk memutuskan hubungannya. Faiz akui kesilapannya, dan meminta maaf dan tidak mahu memutuskan hubungannya. Umairah tetap berkeras, dengan keputusan yang di buat. Banyak sebab umairah tidak dapat memberi peluang kepada faiz.

Antara sebab-sebabnya, umairah adalah seorang yang sangat sensitif hatinya, dan dia yakin apabila hubungan di teruskan, dia akan selalu mengungkit kisah lama. Umairah sedar akan kelemahannya, dia terlampau sayangkan faiz, dia lepaskan faiz di sebabkan perbezaan cara hidup. Faiz tidak suka di kongkong dan tidak suka duduk di rumah. Faiz seorang yang suka berhibur dengan rakan-rakannya. Dan faiz menganggap rakan-rakan perempuan adalah punca rezekinya, sedangkan rezeki adalah dari allah. 

Kadang-kadang hati umairah terlintas untuk memberi peluang kepada faiz. Umairah merasa dirinya tidak kuat untuk meneruskan hubungan ini. Kerana kelemahannya ( cemburu ). Hubungan ini terputus sehingga di ketahui oleh ibu bapa faiz, dan ibu faiz cuba membetulkan keadaan. Umairah masih bekeras dengan keputusannya. Umairah terus dipersalahkan oleh orang sekeliling. Umairah akur dan terima dengan hati yang redha. Umairah yakin, kebenaran akan di ketahui oleh semua.

Umairah cuba mencari seorang lelaki yang boleh membuat faiz kecewa dengannya. Niat umairah sekadar untuk membuat faiz meninggalkan dia. Tetapi umairah telah telanjur memberi harapan pada haikal. Faiz tidak berputus asa, faiz tetap berusaha untuk mendapatkan umairah. Umairah sangat kagum dengan tindakan faiz, dia masih sayang pada faiz. Tetapi dia tidak sanggup mengecewakan haikal. Bagaimana harus dia lakukan?? Setelah saat hati umairah terbuka untuk menerima faiz, hadir seorang wanita yang menyeri hidup faiz. Umairah kesal dan sedih, dia menganggap tiada jodoh antara dia dengan faiz. 

Umairah meneruskan hidupnya dengan haikal. Umairah memaksa hatinya untuk mencintai haikal sepenuh hatinya. Dalam masa yang sama, umairah selalu mengambil tahu tentang perkembangan faiz. Dia amat cemburu hubungan faiz dengan kekasih barunya suraya. 

Tergerak hati umairah untuk menghubungi suraya. Niat umairah sekadar ingin mengetahui kejujuran wanita itu. Umairah yakin bahawa suraya boleh menjaga faiz sebaik mungkin. Akhirnya umairah melepaskan faiz ke tangan suraya. Suraya meminta satu permintaan agar mendoakan kebahagiaannya bersama faiz kekal selamanya di hadapan kaabah nanti.

Umairah pergi menjalankan ibadah umrah pada tarikh dia putus dengan faiz tahun lepas.  Umairah selesai menyampaikan hajat suraya di hadapan kaabah dan pulang ke kampung, dan menjalani hidupnya dengan haikal. Genap setahun umairah pulang dari umrah. Faiz pula bernikah dengan suraya pada tanggal mereka putus dan menunaikan umrah. Adakah ini kebetulan??

Setelah mengetahui akan penikahan faiz dan suraya, umairah terasa sebak. Umairah beranggapan bahawa dirinya berasa bahagia apabila melihat faiz bahagia. Tetapi perasaannya berbeza setelah dua tiga hari selepas penikahan faiz. Umairah kerap mimpikan faiz. Tiba-tiba perasaan pada haikal hilang, umairah tetap memaksakan hatinya untuk terus mencintai haikal. Namun, air matanya jatuh berlinangan, setiap kali lepas solat air matanya sentiasa mengalir. Setiap kali tidur, air mata mengalir sahaja. Umairah bertahajud dan berdoa.

“ Ya Allah jika dia benar untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku, jika dia bukan di ciptakan untukku, jauhkanlah hatinya dengan hatiku dan damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu”

“ Ya Allah kenapa cinta ku hadir di saat aku akan berkhawin dengan orang lain?? Kenapa cinta kepada orang yang jujur hilang?? Kenapa cinta aku pada suami orang?? Apakah semua ni Ya Tuhan?? Adakah Kau sedang menguji diriku?? Bagaimana dengan perasaan ku pada Haikal?? Ya Allah apa yang harus ku lakukan?? Aku tidak sanggup mengecewakan orang yang jujur dan setia padaku dan aku juga tidak sanggup untuk merampas suami orang. Berilah petunjuk buat ku Ya Allah. Perlukan diri ini memaksa untuk meneruskan cinta ini pada haikal?? Jika ini benar, aku sanggup memaksa hati ku untuk berpura-pura mencintainya…”

Masa penikahanku hampir menjelang tiba, teringin aku untuk bertemu dengan Faiz buat kali terakhir..

Tuesday, 29 May 2012

Aku Cinta kepada Mu


Ya Allah adakah Kau mendengar suara hatiku ini yang sedang berkata-kata??
Mampukah aku meneruskannya, sedangkan aku tidak kuat..
Bisikan suaraku kepada Mu.. betapa aku cinta pada Mu ya Tuhan ='(